Sunday, October 9, 2011

SESI PERKONGSIAN ILMU BRUNEI 1

Pada 5 Zulkaedah 1432/ 4 Oktober 2011 satu sesi perkongsian ilmu telah dibentangkan oleh JAPSER Brunei 1 yang bertajuk 'Enhancing Transformational Leadership Through Teachers' Capabilities'. Pembentangan merupakan dari hasil 'action research' yang dilaksanakan oleh semua pemimpin sekolah-sekolah rendah Brunei 1 terdiri daripada Guru-Guru Besar dan Penolong-Penolong Guru Besar seramai 23 orang.
Action research yang dilaksanakan menggunakan pendekatan 'Critical Incident Technique (CIT)' dan juga 'Action Reflection Learning'. Pembentangan telah dipengerusikan oleh Cikgu Abd Rahim bin Hj Md Salleh (Guru Besar SR Dato Godam). Cikgu Suraya binti Majid (Penolong Guru Besar SR Saba Darat) memulakan pembentangan dengan memberikan penerangan mengenai latar belakang kajian dan juga teori-teori mengenai kepimpinan.
Cikgu Siti Norbayu binti Hj Abd Samad (Penolong Guru Besar SR Raja Isteri Fatimah) pula meneruskan dengan menerangkan metodologi kajian yang dijalankan. Cikgu Hjh Salwati binti Hj Mohd Sulaiman pula mengongsikan dapatan-dapatan, analisis kajian dan seterusnya kesimpulan dari hasil kajian berkenaan. Pembentangan Brunei 1 telah disudahi dengan tayangan video 'Never Give Up'
Alhamdulillah, pembentangan telah dapat memberikan serba sedikit ilmu pengetahuan tentang kepimpinan di sekolah. Pembentangan kemudian diteruskan dengan sesi soal-jawab dan disambung oleh JAPSER dari Tutong I.



SUKAN MUHIBBAH SEMPENA HARI GURU 2011

JAPSER Brunei 1 telah menjadi pengendali Sukan Muhibbah kali ke 17 setelah acara ini ditangguhkan sejak tahun 2009 kerana beberapa perkara yang tidak dapat dielakkan. Persediaan bagi melaksanakan acara ini telah dibuat sejak tahun 2009 oleh Ketua Bahagian Sukan, JAPSER Brunei 1 iaitu Cikgu Junaidi bin Hj Hussin bersama dengan guru-guru kanan kokurikulum Brunei 1. Alhamdulillah, acara ini akhirnya telah dapat dijayakan pada 25 September 2011 oleh JAPSER Brunei 1.

Hadir selaku wakil peribadi Setiausaha Tetap (Pendidikan Teras) ialah Awg Hj Kassim bin Hj Md Yassin, Pemangku Pengarah Sekolah-Sekolah Kementerian Pendidikan. Cikgu Md Yusof bin Hj Matrais selaku Pengerusi JAPSER Brunei 1 telah menyampaikan ucapan pada hari berkenaan dan acara seterusnya telah dirasmikan oleh tetamu kehormat.

Antara acara-acara yang menarik dalam Sukan Muhibbah kali ini ialah pertandingan menibar rambat, merakat dan menaikkan kikik dan mengibar ikan kertas. Zon Belait telah menjadi Johan keseluruhan bagi acara pada tahun ini. Insya Allah, zon Belait akan mengendalikan Sukan Muhibbah sebagai tuan rumah pada tahun 2012.

MAJLIS SAMBUTAN HARI RAYA AIDILFITRI BERSAMA YB MENTERI PENDIDIKAN

16 September 2011
JAPSER dan JAPTIM senegara telah bersama-sama mengendalikan Sambutan Hari Raya Aidilfitri bagi tahun 1432 bersama dengan YB Menteri Pendidikan Pehin Orang Kaya Seri Kerna Dato Seri Setia Awang Hj Abu Bakar bin Hj Apong. Turut hadir bagi menyerikan lagi Sambutan Hari Raya Aidilfitri pada tahun ini ialah Yang Teramat Mulia Paduka Seri Duli Pengiran Muda Haji 'Abdul 'Azim. Majlis telah diadakan di Royal Berkshire, Jerudong Polo Club.


Wednesday, August 10, 2011

THE LAST COHORT OF BRUNEI 1 PRIMARY SCHOOL GRADUATED FROM SLP, ILIA


Three Brunei 1 zone schools of the last cohort (6th cohort) of School leadership Programme graduated on 9th August 2011. Each school has implemented and shared the results of their projects and best practices during the 3rd workshop which is the last workshop conducted on 8th and 9th August 2011. They were celebrated in a wonderful Graduation Dinner at Indera Samudera Grand Hall, the Empire hotel.

The three schools graduated were Sekolah Rendah Dato Godam, Sekolah Rendah Haji Tarif and Sekolah Rendah Saba Darat. All of the schools were the schools in Kg Ayer, the water village.

Friday, May 20, 2011

SESI DIALOG PERTAMA TAHUN 2011 - YB SERU 'UTAMAKAN PELANGGAN'


15 Jamadilakhir 1432/19 Mei 2011 (Khamis)
Seramai 422 orang pemimpin-pemimpin sekolah terdiri daripada Pengetua-Pengetua Sekolah Menengah, Guru-Guru Besar Sekolah Rendah, Timbalan-TImbalan Pengetua Sekolah Menengah dan Penolong-Penolong Guru Besar termasuk 72 orang Pengetua-Pengetua sekolah-sekolah swasta telah hadir di majlis ini. Sesi ini merupakan sesi yang jadi amalan Kementerian Pendidikan setiap tahun. Cikgu Ibrahim bin Haji Abd Rahman, Pemangku Pengarah Sekolah-Sekolah telah menyampaikan ucapan alu-aluan di awal sesi dialog.

Seterusnya, Yang Berhormat Menteri Pendidikan, Pehin Orang Kaya Seri Kerna Dato Seri Setia Haji Awang Abu Bakar bin Haji Apong menyampaikan ucapan beliau. Beliau menyeru agar pemimpin-pemimpin sekolah untuk mengamalkan prinsip kepimpinan yang terbuka, provatif dan responsif terhadap tuntutan-tuntutan baru dan mengamalkan pendekatan 'mengutamakan pelanggan', memandang era globalisasi yang semakin kompetitif. Di samping itu juga, beliau menyarankan agar pemimpin-pemimpin menambah nilai akademik dan professional yang berterusan supaya menjadi pemimpin yang berketrampilan dan sentiasa berdaya saing.Para pemimpin sekolah juga perlu mengembeling tenaga dan fikiran sejajar dengan trend masa kini yang memberikan keutamaan kepada kepimpinan dan pengurusan sumber manusia yang berpaksikan kepada nilai-nilai pembaharuan dan kepantasan. Beliau berharap penuh agar pemimpin sekolah dapat mencipta kejayaan dan kecemerlangan sekolah dan seterusnya dapat memberikan khidmat yang cekap dan berkesan dengan menggunakan segala keperluan dan kemudahan yang ada dalam usaha meningkatkan kecemerlangan pendidikan bagi merealisasikan misi Kementerian Pendidikan dalam perlaksanaan SPN21 bagi melahirkan satu bangsa yang berpendidikan dan berkemahiran.

Beliau juga menggalakkan agar sekolah-sekolah mengambil inisiatif bagi meningkatkan penglibatan guru-guru dalam menyusun dan mengatur kegiatan-kegiatan sukan dan riadah dengan tujuan utama untuk memupuk dan memelihara kesihatan pelajar-pelajar. Insya Allah, pihak Kementerian Pendidikan akan berusaha mengenalpasti kaedah-kaedah yang boleh membantu menyuntik semangat dan memberi perangsang dan dorongan untuk sekolah-sekolah melaksanakan kegiatan seumpama ini.

Selesai ucapan, sesi diteruskan dengan penyampaian dari Bahagian Pendidikan Menengah mengenai 'Journal Writing' oleh Cikgu Danny bin Aimi, Timbalan Pengetua (Akademik), Sekolah Menengah Pengiran Anak Puteri Rashidah Sa'adatul Bolkiah, Lumut dan Bahagian Pendidikan Rendah mengenai 'Cross-Posting Project' oleh Cikgu Nur Hanisah binti Hanafi, Guru Kanan Sekolah Rendah Muda Hashim, Tutong 1.

Sesi soal jawab antara pemimpin-pemimpin di Kementerian Pendidikan dan pemimpin sekolah-sekolah di adakan setelah sesi berehat selama 30 minit. Cikgu Md Yusof bin Hj Matrais selaku Pengerusi JAPSER Brunei 1 mengutarakan isu-isu yang ingin dibincangkan iaitu tentang perlunya Institut Pendidikan bagi melahirkan guru-guru dan menampung kekurangan guru-guru. Beliau juga mengutarakan tentang isu hidupan liar seperti monyet dan anjing yang mengganggu ketenteraman dan keselamatan sekolah. Para pemimpin yang lain juga membangkit beberapa isu lain seperti akta perlindungan bagi guru-guru, twinning program, peruntukan waktu bagi mata pelajaran ICT, MIB dan Pengetahuan Ugama Islam. Para pemimpin juga agak prihatin dengan urusan pemeliharaan dan pembaikan bangunan yang diamalkan pada ketika ini. Alhamdulillah, sesi dialog telah dapat memberikan peluang para pemimpin untuk mengutarakan perkara-perkara yang perlu diambil perhatian dari masa ke semasa dan pihak Kementerian Pendidikan adalah dalam usaha untuk mencari alternatif dan opsyen yang dapat digunapakai meningkatkan kualiti pendidikan.

Thursday, May 12, 2011

'AKSI' - AKTIVITI SIHAT JAPSER BRUNEI 1

12 Mei 2011 (3.00 pm) - Satu aktiviti sihat (AKSI) beriadah telah diadakan di kompleks sukan Sekolah Rendah Mabohai. Aktiviti ini turut dihadiri oleh Penolong Pengarah Bahagian Pendidikan Rendah, Hj Zulkifli bin Ladis dan Penolong Pengarah Daerah Brunei 1, Cikgu Nudin bin Hj Mohamad.
Acara dimulakan dengan aktiviti pemanasan dan seterusnya senamrobik beramai-ramai diketuai oleh guru-guru Sekolah Rendah Sungai Siamas. Setelah bersenamrobik selama, guru-guru dan kakitangan sekolah-sekolah rendah Brunei 1, 'brisk walk' di jalan raya di sekitar Jabatan Sekolah-Sekolah Jalan Ong Sum Ping.

Saturday, April 30, 2011

LAWATAN KERJA AHLI JAWATANKUASA JAPSER BRUNEI 1 DAN GURU-GURU PRASEKOLAH BRUNEI 1 KE SEKOLAH RENDAH LUBOK PULAU DAN SEKOLAH RENDAH TUTONG KEM

27 April 2011 (pagi) - Seramai lebih kurang 50 orang guru terdiri daripada Pemimpin-Pemimpin Sekolah Rendah Brunei 1 berserta dengan Guru-Guru Kanan dan Guru-Guru Prasekolah Brunei 1 telah mengadakan lawatan ke Sekolah Rendah Lubok Pulau. Lawatan ke sekolah berkenaan adalah bertujuan bagi melihat secara lebih dekat lagi salah sebuah sekolah yang menjadi role-model dalam pengajaran Pra-sekolah yang terbaik. Para pelawat telah disambut mesra oleh Guru Besar sekolah berkenaan, Cikgu Rosimah binti Hj Mohammad dan juga guru-guru di sekolah berkenaan. Sewaktu kunjungan ke bilik pembelajaran prasekolah, murid-murid prasekolah sedang sibuk melakukan aktiviti 'hands-on' dan membuat bentuk mengikut kesukaan mereka. Bilik darjah berkenaan juga begitu kondusif dan telah dapat memperlihatkan kreativiti dan komitmen guru prasekolah di sekolah berkenaan. Para juga telah menyaksi slaid-slaid aktiviti sekolah berkenaan di bilik perpustakaan sekolah berkenaan yang juga cukup menarik perhatian terutama sekali lukisan dinding pentas mini di bilik berkenaan.


Setelah mengakhiri lawatan di Sekolah Rendah Lubok Pulau, rombongan seterusnya beredar ke Sekolah Rendah Tutong Kem. Para Pemimpin JAPSER Brunei 1 telah berpeluang melihat sendiri salah sebuah sekolah yang disenaraikan sebagai 'Star Rating School' dan pentadbiran sekolah berkenaan amat dikagumi. Sistem pengurusan sekolah berkenaan amat teratur dan dokumentasi serta perincian apa jua aktitiviti sekolah dapat dirujuk dengan mudah. Kemudahan-kemudahan di sekolah berkenaan juga cukup kreatif dan kondusif. Murid-murid di sekolah berkenaan pasti dapat menikmati pembelajaran terbaik dan ini dapat meningkatkan prestasi pencapaian murid secara holistik. Para rombongan telah diberikan taklimat oleh Guru Besar Sekolah berkenaan iaitu Cikgu Omar Ali bin Hj Md Tahir. Alhamdulillah, taklimat beliau telah dapat meningkatkan lagi pengetahuan para Pemimpin JAPSER Brunei 1 bagi sama-sama meningkatkan prestasi sekolah-sekolah di kawasan Brunei 1 agar dapat mencapai kehendak misi dan visi Kementerian Pendidikan bagi melahirkan anak bangsa yang cerah masa depan....

'TEACHING FORUM' YANG PERTAMA TAHUN 2011

28 April 2011 (2.00 ptg) SR Pusar Ulak - Tirai 'Teaching Forum' pada tahun 2011 ini dimulakan dengan pembentangan dari guru-guru Bahasa Melayu dengan tajuk mereka 'Karangan Bergambar'. Pembentang-pembentan terdiri daripada, Cikgu Mardiana binti Hj Takong dari Sekolah Rendah Saba Darat, Cikgu Marliana dari Sekolah Rendah Pintu Malim dan seorang lagi guru Bahasa Melayu dari Sekolah Rendah Sungai Kebun.

Pihak JAPSER Brunei 1 amat berbesar hati kerana di luar jangkaan, Penolong Pengarah (Rendah), Cikgu Hj Zulkifli bin Hj Ladis telah turut menghadirkan diri di sesi forum pada petang berkenaan. Beliau juga turut memberikan beberapa saranan dan juga komen tentang forum berkenaan. Beliau berbangga kerana guru-guru Bahasa Melayu aktif menyuarakan pendapat, pertanyaan dan seumpamanya bagi sama-sama membahaskan tajuk yang telah dibentangkan. Cikgu Nudin bin Hj Mohamad, Penolong Pengarah Daerah Brunei 1 juga turut hadir petang tersebut dan memberikan beberapa saranan dan pendapat beliau.

Friday, April 15, 2011

BRUNEI 1 ZONE NETBALL TOURNAMENT



12 April 2011 - After two days, the tournament finally ended with four schools qualified to the semi-final - Chung Hwa Middle school, Sekolah Rendah Bendahara Lama, Sekolah Rendah Pusar Ulak and Sekolah Rendah Saba Darat. Chung Hwa Middle was the champion for the Netball tournament this year for Brunei 1 zone. Sekolah Rendah Bendahara Lama won the second place while both Sekolah Rendah Saba Darat and Sekolah Rendah Pusar Ulak shared the 3rd place.
The guest of honour, Nudin bin Haji Mohammad, the district assistant director of Brunei 1 zone gave away the prizes to all winners that day. All the four schools received the prizes.
Special thanks to all committees of Sekolah Rendah Pehin Dato Jamil who hosted the events wonderfully.

Sport Activities (AKSI) launched by Minister of Education



10th April 2011 - As early as 6.30 am, school leaders from the four districts and teachers from Brunei-Muara Districts assembled at Sekolah Rendah Pulaie Sport Complex for the launching of AKSI (sport activities) initiated by the Schools Department. The 'AKSI' was officially launched by our Minister of Education,Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Seri Kerna Dato Seri Setia (Dr.)Haji Awang Abu Bakar bin Haji Apong. After doing various styles aerobic, everyone brisk walking for 2-4 kilometers around the stadium compound.

Saturday, April 9, 2011

PERBINCANGAN MENGENAI PROGRAM MEMBERUS GIGI BERFLORIDA HARIAN BAGI SEKOLAH-SEKOLAH RENDAH




09 April 2011 (9 pagi) - Satu sesi perjumpaan antara Unit Promosi Kesihatan Kementerian Kesihatan dengan Guru-Guru Besar Sekolah-Sekolah Rendah Brunei 1 dan Brunei IIA telah diadakan di Tingkat 14, Jabatan Sekolah-Sekolah, Kondominium Ong Sum Ping. Perjumpaan bertujuan bagi mendapatkan laporan dari setiap sekolah mengenai perkembangan Program memberus gigi di sekolah-sekolah rendah.
Dr Mary Cheong menerangkan tentang tujuan utama program tersebut diadakan. Guru-Guru Besar juga membincangkan tentang isu-isu permasalahan yang dihadapi dalam melaksanakan program berkenaan. Alhamdulillah, perbincangan bagi memastikan kelancaran program itu telah dapat memberikan peluang bagi Guru-Guru Besar berkongsi pandangan dan mencari jalan penyelesaian.
Satu booklet yang mengandungi aktiviti-aktiviti pengajaran yang menyelitkan aktiviti-aktiviti tentang gigi dan memberus gigi telah diagih-agihkan kepada semua Guru Besar yang hadir. Dr Mary Cheong juga memaklumkan bahawa Kementerian Kesihatan akan menganjurkan Pertandingan Lagu mengenai Gigi sempena World Oral Health pada 13 September.

Thursday, April 7, 2011

The 6th cohort of School Leadership Program (SLP)









Three schools from Brunei 1 zone have been given the opportunities to join SLP which commenced on 4th April 2011. The schools are Sekolah Rendah Dato Godam, Sekolah Rendah Hj Tarif and Sekolah Rendah Saba Darat. The three schools are very fortunate to join this SLP along with some private schools and ASEAN schools. All schools in Brunei 1 zone are now officially have participated in SLP. We hope that all the schools in Brunei 1 zone which are labelled as the 'sinking zone' will be able, not just to float, but to fly in the sky.... reaching the sky. Better children, better nations, better future.....

Friday, March 25, 2011

Earth Hour - 26 March 2011



All primary schools in Brunei Darussalam are required to participate in 'Earth hour' by switching off electrical lights at their school on 26th March 2011 from 8.30 pm to 9.30 pm. It's just for an hour.....We can go beyond that... ^_^


Saturday, March 19, 2011

MANAGER vs LEADER

Bennis in his book "On Becoming a Leader" (p. 44-45) has a list of interesting differences between a manager and a leader and they are given in the table below.

Tuesday, March 15, 2011

TAKLIMAT EARLY INTERVENTION PROGRAM (EIP) LITERASI DAN NUMERASI


Bahagian Akademik JAPSER Brunei 1 telah mengadakan taklimat bagi guru-guru Bahasa Melayu dan Matematik Tahun 1, 2 dan 3 Sekolah-Sekolah Rendah Kawasan Brunei 1. Taklimat berlangsung di Dewan Sekolah Rendah Pusar Ulak pada 14 Mac 2011. Turut hadir ialah para Guru Besar dan Penolong-Penolong Guru Besar Sekolah-Sekolah Rendah Brunei 1.

Taklimat mengenai EIP bahagian literasi disampaikan oleh Cikgu Azlan bin Hj Adam, Ketua Bahagian Akademik JAPSER Brunei 1 sementara Taklimat EIP bahagian numerasi disampaikan oleh Cikgu Hjh Norata binti Hj Shamsudin,Penolong Ketua Bahagian Akademik II.